Saturday, July 31, 2010

:: Pengorbanan Seorang iBu ::

Assalamualaikum...

Di sini  aku  ada kisah menarik untuk dikongsi bersama.ikutilah kisahnya....

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian..

 
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA..



Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.



Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.



Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.



Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.



Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.



Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin.. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata.. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.



Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.



Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…


Moral of the story,...hargailah pengorbanan ibu selagi dia masih ada....




Jasa Bonda ( Warisan )


Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta di balas
Ingin dibinanya untukmu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa,punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi

Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda.......











:: Kerana Cinta ::

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...

Hari nie tergerak pulak nak cerita pasal cinta... ahakss!!!!! hehehe......Cinta tu sesuatu yang indah... Allah telah mengurniakan kita perasaan cinta,rindu,sayang.ianya menjadi fitrah bagi setiap insan di muka bumi Allah ini....Tapi cinta yang yang Allah kurniakan seringkali disalahertikan.....


Bila di alam percintaan,segalanya indah sehingga sanggup bekorban jiwa dan raga dan adakalanya sampai sanggup mengorbankan maruah diri...adakah cinta sebegini yang kita idamkan??Jika ya,akan hilanglah nikmat cinta yang Allah telah kurniakan pada setiap hambaNya...Cinta menjadikan seseorang itu buta sehingga kadang-kadang sanggup untuk membelakangkan keluarga demi mempertahankan cinta kepada seorang.semuanya. kerana cinta...menggabaikan pelajaran dan menggabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah...segalanya kerana cinta....


Cinta yang agung hanya kepada Maha Pencipta...


Kerana cinta juga timbul sifat dendam dalam diri manusia..ada yang sanggup membunuh sesama manusia...semuanya kerana cinta...bukankah cinta yang dikurniakan adalah untuk hidup saling sayang menyayangi sesama insan???namun,bila timbulnya perasaan dendam dalam diri,segalanya musnah dan hilang begitu sahaja....


Antara cinta dan hukum satu yang amat sukar untuk dirungkaikan..ada yang memilih cinta dan membelakangkan hukum yang telah di tetapkan..tidak salah untuk bercinta tapi mestilah berlandaskan hukum dan suburkan sifat ketaqwaan kepada Allah...jika ini di semai dalam hubungan cinta manusia,cinta akan menjadi lebih indah dan bahagia..


Aku juga pernah merasai nikmat cinta..ahaksss!!!..memang indah saat itu,suka duka pahit manis dirasa...namun akhirnya aku menyedari yang bukan cinta darinya yang aku perlukan...cinta Allah mengatasi segalanya....kini aku melihat cinta sesama manusia suatu yang agak merumitkan....kadang-kadang cinta hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata sehingga menggadaikan maruah agama....


Alamak!!!tiba-tiba tak der idea pulak...hahaha...pape pun jangan di sebabkan cinta kita lalai dan leka dengannya..Ingatlah cinta Allah yang lebih  utama....




Kerana Cinta ( Inteam & Mestica )


Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan dimana terciptanya cinta
Disitu rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahgia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa
Merawat luka
Damai di jiwa

Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah kemana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati
Hanya cintakan Ilahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya

Cintakan saudara
Masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan






Friday, July 30, 2010

:: Beralah vs Berbalah ::

Assalamualaikum.......

Kadang-kadang sebagai manusia, kita tidak boleh lari dari salah faham sesama kita. Adakalanya kita terlalu beremosi dalam menyelesaikan salah fahaman itu sehingga ada yang membawa kepada perbalahan sesama sendiri. Tidak kira di alam mana kita berada,kita tidak boleh lari dari salah faham antara kita,samada di alam kampus,alam pekerjaan dan tidak terkecuali jugak di alam rumahtangga...


Ada diantara kita yang mengambil jalan untuk menyelesaikan salah fahaman itu dengan perbalahan sehingga mengakibatkan salah fahaman tersebut bertambah rumit,walhal ianya cuma salah faham yang kecil.Namun ada juga yang mengambil jalan yang aku anggap ianya jalan terbaik iaitu beralah ataupun berdiam diri. Bagiku ini jalan yang terbaik untuk kita sebagai manusia menyelesaikan tanggapan yang timbul. Jika kita memilih jalan untuk berbalah, mungkin keputusan tidak boleh di capai namun jika kita memilih untuk beralah,perkara tersebut akan semakin reda tanpa menyakiti hati  mana-mana pihak...


Di alam kampus contohnya, kita bertemu dengan rakan-rakan sekuliah yang pelbagai karenah yang ada. Kadang-kadang kita sendiri sukar untuk menerima karenah mereka seperti yang berfikiran kanak-kanak,adakalanya yang matang tetapi terlalu sensitif dan macam-macam lagi lah...Dalam situasi ini,kadang-kadang timbul salah faham sesama sendiri sehingga membawa kepada perbalahan. Bagiku ini bukanlah cara yang tebaik untuk menyelesaikannya...Beralah bagiku adalah salah satu cara untuk kita elakkan dari berbalah....berdiam diri misalnya akan meredakan sedikit ketegangan yang berlaku...bukan tidak mahu menegakkan kebenaran,tetapi jikapercakapan kita boleh membawa kepada perbalahan,lebih baik kita berdiam diri...Jika kita memilih untuk berbalah, mungkin ukhwah yang sekian lama terjalin akan menjadi semakin renggang dan akhirnya musnah...Bukankah Islam telah melarang kita untuk memutuskan tali silaturrahim sesama kita....

Namun ada juga yang terlalu ego dalam berhadapan dengan situasi ini.Mereka memilih untuk terus berada di tahap keegoan yang tinggi dan tidak mahu beralah dan akhirnya menyebabkan salah faham yang timbul  bertambah celaru. Hal ini akan bertambah rumit bila wujudnya insan yang digelar 'batu api' yang mendorong kepada perbalahan kedua2 pihak.Golongan ini biasanya mempunai sifat PHD yang tinggi dan wujud dalam diri mereka. Mereka tidak boleh melihat kesenangan dan kebahagiaan orang lain dan bila timbul konflik antara dua pihak,mereka menggunakan peluang ini untuk mengapi2kan lagi..mereka ini seolah-olah menyimbah minyak ke dalam api yang sedang marak.






Aku juga tidak lari dari berhadapan dengan masalah yang sedemikian..berhadapan dengan karenah yang pelbagai,kadang-kadang membuatkan aku merasa bosan dan ingin lari dari semua ini..tapi apa dayaku,aku perlu juga berhadapan dengan situasi ini. Tapi aku lebih suka berdiam diri dari berbalah...mungkin juga di sebabkan sikapku yang pendiam yang mejurus aku untuk melakukan sedemikian...tetapi karenah-karenah ini juga kadang-kadang membuatkan hidup aku sempurna dan ceria...apa yang aku lakukan adalah dengan menerima seikhlas hati segala yang berlaku..pahit manis di alam kampus mungkin akan membuatkan aku merinduinya bila tamat belajar kelak...









Thursday, July 29, 2010

:: Masalah Itu Tanda Kasih Sayang Allah ::



Assalamualaikum....

Alhamdulillah semua kerjaku dah settle untuk semester nie...skrang masa untuk aku buat persiapan untuk final yang bakal menjelma lebih kurang 2 minggu dari sekarang...rasa ingin aku pergi untuk menenangkan fikiran dan merehatkan otak buat seketika..tetapi apa dayaku,masa tak mengizinkan...mungkin lain kali....InsyaAllah..

Manusia selalu mengeluh bila di timpa dengan masalah...termasuk juga diriku...kadang-kadang sampaikan masalah yang datang tu,rasanya terlalu berat untuk di tanggung sendirian...tapi tanpa kita sedar,masalah itu merupakan tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya...Ada sesetengah insan dia memilih untuk memendamkan segala masalah yang dialami sehingga kadang2 memakan diri dan ada jugak yang memilih utk meluahkan pada orang lain contohnya mcm kawan,orang tersayang,family dan lain2 la....

Aku ada baca satu artikel yang aku rasa agak menarik untuk dikongsi....ceritanya mcm ni......jika dalam percintaan, adakah memadai dengan bertemu dan berkata aku cinta padamu dan di sambut oleh pasangan aku juga cinta padamu...??jika hubungan itu hanya bertemankan ungkapan cinta,mesti hubungan itu akan seronok hanya seketika...Keadaan ini adalah membosankan dan akhirnya membawa kerengganan dan perpisahan.Apabila berpisah, mereka akan memberi alasan tidak sefahaman tetapi mungkin mereka terlepas pandang bahawa apabila hubungan mereka tidak mengenal antara satu sama lain.Itulah punca yang merenggangkan mereka dan itulah punca tidak sefahaman mereka.

Seandainya mereka merajuk misalnya pasangan akan datang memujuk, dipujuknya dengan bunga,pasangannya tidak berubah kerana pasangannya tidak suka bunga, lalu dia cuba memujuk dengan makanan.Oh,rupanya pasangannya suka makanan.Apabila nampak makanan,maka hilang merajuknya..Maka sejak itu dia tahu jenis maka
nan kegemaran pasangannya dan apa pula yang tidak di sukai oleh pasangannya.

Begitulah kita dengan dengan masalah.Allah S.W.T memberi kita masalah sebagai lambang kasih sayang dan lambang cinta. Dengan adanya masalah kita akan lebih mengenal akan diriNya,kita lebih banyak memohon kepada-Nya..Kemudian kita akan celik melihat bagaimana sayangnya Allah kepada kita dan bagaimana Allah menyelesaikan satu-satu isu yang tidak terfikir oleh kita jalannya...

Oleh yang demikian,mulai hari ini,marilah kita melhat kasih sayang Allah dalam masalah yang kita hadapi.Cuba kira berapa kali kita berdoa dan bagaimana kita berdoa seandainya kita tidak ada masalah.Kemudian renungkan perasaan kita berdoa ketika kita bermasalah,bukankah banyak perbezaan??Bukankah masalah itu perlu untuk kita lebih merasakan keberadaan Allah yang selama ini hanya diucap tetapi tidak dirasakan??Bukankah benar bahawa adanya masalah kita lebih banyak menyebut nama Allah??Renung-renungkanlah.....

Wassalam....

29 Julai 2010 ( 10.12 mlm )

Wednesday, July 28, 2010

:: Suka Duka Di KUIS ::

Indahnya Kolej Ku
Assalamualaikum...

Aku nak sambung balik tentang kisahku....selepas menamatkan pengajian di sekolah,aku melanjutkan pengajianku di sebuah IPTS...mungkin bukan rezeki aku untuk ke IPTA dan ada hikmah di sebalik semua yang berlaku,tapi aku tetap gembira dengan apa yang telah di rencanakan oleh Nya...aku melangkah ke kolej tersebut atau lebih di kenali sebagai KUIS pada tahun 2005 di peringkat diploma Pengajian Islam Syariah...Pada mulanya agak kekok untuk aku menyesuaikan diri memandangkan pertama kali aku akan berjauhan dengan keluargaku...dan mendengar loghat2 orang sini...mcm2 bunyi yang ada...hehe

Tapi Allah Maha Mengetahui,Dia telah temukan aku dengan seorang insan yang berhati mulia...insan tersebut juga merupakan ex-roomate n ex-classmate aku....kami bersama-sama mengaharungi pahit getir di sini...alhamdulillah,aku juga di temukan dengan roomate2 yang sangat baik dan kini aku terlalu merindui mereka....didalam bilik yang agak selesa untuk kami berlapan,di situ pahit manis kami bersama...bermula dari makan dan berlajar bersama-sama,berkongsi masalah bersama-sama...segalanya di lakukan bersama-sama...

aku juga mendapat classmate yg sporting sangat..kami ibarat satu keluarga..rapat sangat sampai ari ni...apa saja yg kami buat,mesti kongsi sama2..akulah rujukan utama pada masa tu sbb aku yang paling veteran...dh jd mcm perpustakan bergerak pun ada gak..hehe....tapi aku suka sbb boleh tlong adik2...

Masjid Al-Azhar



Sekarang masing2 telah mengikut haluan sendiri...ada yang menyambung pengajian,ada yg bekerja,ada yang dah mendirikan rumahtangga dan ada juga yang telah dikurnikan cahayamata...dimana sahaja kalian berada,doaku sentiasa mengiringi kalian

Aku berjaya menamatkan pengajianku di peringkat diploma dengan jayanya pada bulan mac 2008...selepas itu aku dok tnam anggur kat umah je....selang beberapa bulan,aku ambil keputusan utk bekerja sementara menyambung semula pengajiannku...aku bekerja di sebuah tadika di Jitra yang di kenali sebagai Al-Fatih..best sangat keja kat sana...kwan2 pun semua best...boss sporting plak tu...mcm2 la karenah yang aku jumpa bila berdepan dgn kanak2...ish..ish..ish...

Namun begitu,pada awal ramadhan 2008,aku berhenti dr bekerja di situ memandangkan aku rasa macam nak sambung belajar lagi..hehe...akhirnya aku kembali semula ke KUIS untuk menyambung pengajianku di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang syariah dengan undang-undang...mulanya rasa takut jugak nk amik undang-undang ni tp bila dh cuba,tak la susah sangat..aku terus lompat ke semester ke-4...di semester ke-4,aku tinggal kat luar bersama dengan beberapa orang student KUIS jgk tp diorang dh sem 6 pada masa tu...diorang jgk amik cos yang sama denganku...best sangat dok nagn diorang w'pun mcm2 yang berlaku...hehe...rindunya kat diorang...tambah2 lagi bulan puasa smakin hampir,smkin mengingatkan aku ketika sama2 bersahur dan berbuka dengan diorang..sama2 masak...yg paling best skali bila mkn ramai2...sedih la pulak...huhuhu....kami lalui bersama2 segala2nya...namun,aku tetap terpaksa berpisah juga dgn diorang apabila diorang semua abis belajar...so,aku pun amik keputusan untuk tinggal kat asrama memandangkan dh tak der geng nak sewa umah..hehehe...itulah saja kisahku setakat ini..nanti klu ada kisah baru,I tulis lagi...itupun kalau rajin...hahaha...wassalam

:: Zaman Sekolahku.... ::

Assalamualaikum... Masih terbayang-bayang lagi kenangan ketika aku di bangku sekolah....seolah2 baru sahaja ianya berlalu,sedangkan aku telah meninggalkan zaman sekolahku lebih kurang 7 tahun yang lalu..pelbagai peristiwa pahit manis aku lalui bersama teman-temanku disekolah...di saat aku mula menjejakkan kaki ke sekolah (tingkatan satu) ,aku merasakan akulah insan yang paling tak tahu pape...hahaha...maklum la sekolah agama pulak tu,..bahasa arab usah ckap la,mmg hampehh la saat tu...satu perkataan pun aku tak tau kecuali la' or na'am...hehehe...lawak2... Tapi disitu aku belajar segalanya..teman2 yang banyak membantu aku disaat aku susah dan guru-guruku yang banyak membimbing aku untuk aku terus berjaya...tp apa yang aku buat??banyak main dan berangan...hahaha...itulah aku pada masa sekolahku....pada usiaku 13 tahun,aku berjumpa dengan seorang sahabat yang sehingga kini kami tetap berkawan..dialah yang banyak memberi aku dorongan,semangat dan segala2nya lah...dia lah tempat aku luahkan segalanya-galanya.... Sedih la pulak bila ingat zaman sekolah..isk..isk..isk....byak yang aku tempuhi disana...bermula dari aku tak tahu apa2 berkaitan bhs arab,kini aku byk mengenalinya dan telah menjadi sebahagian dari hidupku kini..segalanya bermula di SMAI...Kenangan yang paling aku tak boleh aku lupakan ketika berada di tingaktan 6 ( STAM )....suka duka pahit manis,ada di dalamnya..bila di ingat kembali,membuatkan aku tersenyum sendirian...hehe... Kini kenangan tu sudah lama berlalu...teman-temanku kini sudah mencapai kejayaan masing-masing...aku kini juga telah hampir menuju cita-citaku...semuanya bermula di SMAI...aku ingin kembali mengulangi kenangan-kenangan itu,tapi apakan daya...sejarah tidak mungkin berulang...eh!!,mcm pernah dengar je statement tu..hahaha.. Terima Kasih tidak terhingga aku ucapkan kepada semua warga pendidik di SMAI yang telah membimbing aku dan teman2 seperjuanganku menuju kejayaan yang ingin di gapai...jasa kalian tidak pernah kami lupakan...tanpa kalian siapalah kami... Tiba2 teringat pulak kat satu lagu nasyid dendangan UNIC,tjuknya sekolahku...hehe...aku rasa sampai sini dulu yer ceritanya,nanti ada masa I cerita lagi...hehe...Wassalam... 29 Julai 2010...6.39 pagi


Sekolahku ( UNIC )

Bertahun lama aku meninggalkan,
Laman Sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita


Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik senda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan

Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan

Hingga kini masih ku simpan kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan obor penyuluh kejayaan

Dan disinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Segalanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu ikhtibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Oh sekolahku
Kau amat ku rindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasamu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatanku

Your my lovely school
You love you I miss you.............