Saturday, October 30, 2010

:: SeMesTer BaRu MuNcuL LaGi ::

Assalamualaikum.....

Sedar tak sedar, dah masuk semester baru pun dan ini juga merupakan semester terakhir untukku di KUIS, insyaAllah.selepas nie aku akan menjejakkan kaki ke alam pekerjaan pula.ish2..,sukar untuk di gambarkan...hehehe.......tp sebelum aku meninggalkan KUIS,banyak lagi yang perlu aku selesaikan di sini terutamanya latihan ilmiahku yang sehingga kini masih belum 'berganjak' lagi pun...hahaha...biasa awal2 ni buat tak tahu je lagi,nanti dah nak hujung semester,baru la kelam kabut nak habiskan...hihihi

 
Harap-harap semester terakhir nie akan berlalu tanpa sebarang masalah tapi mana ada manusia yang tak der masalah kan?? walaupun begitu aku berharap ianya tetap berjalan dengan lancar...amin...

Tuesday, August 10, 2010

:: Ramadhan kembali LaGi..::

Assalamulaikum....


Tidak sampai 9 jam lagi kita akan menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak.diriku terasa syahdu, sayu, gembira, bersyukur menanti ketibaan bulan yang penuh barakah ini...alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan lagi dengan Ramadhan Kareem.Namun,sedih juga turut menyelubungi diriku kerana menyambut puasa tanpa keluarga di sisi...begitu la nasibku sebagai anak perantau...huhu...terbayang-bayang saat aku masih kecil,berbuka bersama ibu dan ayah serta adik-beradikku....rindu juga kenangan berbuka bersama ex-housemate K-5-7....berbuka bersama,bersahur bersama,bertarawih bersama..indahnya saat tu...

Pada tahun nie aku juga akan menghadapi final exam di dalam bulan yang penuh barakah ini...semoga aku tabah dan dipermudahkan segala urusanku..amin...bagi sahabat2 ku,di mana sahaja kalian berada,selamat menyambut ramadhan al-mubarak...semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya...wish me luck for final exam..:-)...dan kepada umat Islam diseluruh dunia,...salam ramadhan dariku....

Wassalam...

Monday, August 2, 2010

:: Cinta Terakhir ::

Assalamualaikum...


Bila sudah tidak ada lagi kesefahaman, keserasian, berbeza pandangan, saling mendendami...maka akan berakhirlah sebuah cinta antara manusia.Sering kita melihat ini berlaku di sekeliling kita samada dalam perhubungan antara lelaki dan wanita dan juga perhubungan antara suami isteri..ini menjadikan cinta yang di bina setelah sekian lama akhirnya putus di tengah jalan...

Ada diantaranya mengambil jalan yang tidak rasional bila berlakunya keadaan ini..mereka merasakan dunia mereka telah berakhir bila putus cinta terutamanya bagi remaja-remaja di luar sana.ada yang sanggup membunuh diri dengan terjun dari bangunan,minum racun,macam-macam lagi cara yang di gunakan tanpa menggunakan akal yang waras.semalam aku ada terbaca satu arikel di surat khabar berkaitan dengan seorang gadis yang sanggup menoreh tangannya dengan pisau mengukir nama teman lelakinya demi membuktikan cintanya terhadap lelaki tersebut...ahhh...knapa la terlalu cetek akalnya??kerana cinta sanggup berbuat demikian..namun akhirnya lelaki tersebut meninggalkannya..apa yang dia dapat??tak dapat pape pun....begitulah bila cinta berakhir,segala yang di lakukan tidak memberi makna apa-apa pun...

Di alam rumahtangga pula,bila berlaku perceraian yang di sebabkan oleh kerana tidak ada persefahaman,maka akan wujudlah sifat dendam antara satu sama lain dan akan berakhirlah cinta yang di bina  tp tak semua la...ada juga yang masih lagi berbaik sangka walaupun telah bercerai...mungkin perceraian mereka berlaku di sebabkan oleh perkara2 yang tidak dapat di elakkan....

Semuanya berlaku apabila cinta berakhir....

Bila di alam percintaan segalanya indah,gembira,saat bahagia di lalui bersama...ahhh!!!apa yang bahagianya??hahaha....aku pun tak faham...tapi bila cinta berakhir,segalanya jadi pahit,duka,dendam...itu yang membuatkan kita kadang-kadang hilang pertimbangan sehingga sanggup melaKukan perkara-perkara yang tidak di ingini..

Namun kita sebagai seorang Muslim, segalanya yang berlaku adalah ketentuan takdir.jangan kita mengambil jalan singkat untuk menyelesaikan masalah yang timbul..percaya dengan ketentuan yang telah di tetapkan tanpa menyalahkan mana-mana pihak sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan sesama sendiri..terima ia sebagai qada dan Qadar yang telah di tentukan oleh Allah..mungkin cintanya bukan yang terbaik untuk kita dan sebaiknya cinta itu berakhir di situ..mohonlah petunjuk kepadaNya agar kita memperolehi cinta yang kekal abadi..cinta Allah tiada akhirnya...

Sekian.....wassalam,,


Cinta Terakhir ( Aiman )


Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan cinta kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia


C/o:


Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya takdir dari Tuhan









Sunday, August 1, 2010

:: Permata Yang Di Cari ::

Assalamualaikum....

Ada satu kisah yang aku rasa amat menarik untuk di kongsi dan sebagai renungan bersama....kisahnya begini....



Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi tanpa mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.



Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.



Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.



Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.



Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.



Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.



Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.



"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."



"Not a single phrase, nor a word."



"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."



Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.



Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."



Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.



Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.



Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.



"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."



Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?



Permata Yang Dicari

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini


Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu


Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu


Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu






:: FaMiLy Ku ::



RumahKu



Assalamualaikum......

Keluarga yang bahagia impian setiap insan...begitu juga dengan diriku...aku bersyukur kerana mempunyai sebuah keluarga yang sangat bahagia. Aku mempunyai 7 orang adik beradik, dan 10 orang anak saudara...ramai kan???hehe....




Adik Beradikku

Luthfi & Hanan
Amar Afifi




Aku masih lagi mempunyai kedua orang tuaku.mereka telah banyak bekorban untuk kami bertujuh sehingga kami berjaya..terlalu banyak jasa mereka yang telah di curahkan kepada kami tanpa mengira penat dan jemu..mereka mengorbankan wang ringgit,masa dan tenaga semata-mata mahu melihat kami berjaya dan melihat kami bahagia..




Ayahanda Tercinta

Bonda Tersayang

Tiba-tiba terasa sayu pula bila cerita pasal keluargaku.tidak sabar rasanya untuk aku pulang ke kampung halaman.saat yang paling best sekali bila tiba bulan puasa..teringat zaman aku masih kecil,melihat telatah adik beradikku ketika berbuka...yang tak boleh aku lupa,saat abg dan kakakku berebut ikan terubuk untuk di habiskan..hahaha...rindunya saat tu...tapi kini semuanya dah berlalu...semuanya dah mempunyai keluarga masing-masing...tinggal aku dan adikku sahaja yang masih lagi belum berkeluarga...satu lagi yang aku tak boleh lupa bila tiba time raya la,kami semua berkumpul,bergambar bersama...manisnya kenangan itu...tak sabar pulak nak raya...sabar ye,puasa dulu....hehehe....buat keluargaku,tunggu kepulangan daku....hihihi....Rasanya ini saja kot aku nak citer pasal keluargaku....I Love My Family

Saturday, July 31, 2010

:: Pengorbanan Seorang iBu ::

Assalamualaikum...

Di sini  aku  ada kisah menarik untuk dikongsi bersama.ikutilah kisahnya....

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian..

 
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA..



Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.



Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.



Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.



Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.



Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.



Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin.. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata.. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.



Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.



Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…


Moral of the story,...hargailah pengorbanan ibu selagi dia masih ada....




Jasa Bonda ( Warisan )


Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta di balas
Ingin dibinanya untukmu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa,punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi

Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda.......











:: Kerana Cinta ::

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...

Hari nie tergerak pulak nak cerita pasal cinta... ahakss!!!!! hehehe......Cinta tu sesuatu yang indah... Allah telah mengurniakan kita perasaan cinta,rindu,sayang.ianya menjadi fitrah bagi setiap insan di muka bumi Allah ini....Tapi cinta yang yang Allah kurniakan seringkali disalahertikan.....


Bila di alam percintaan,segalanya indah sehingga sanggup bekorban jiwa dan raga dan adakalanya sampai sanggup mengorbankan maruah diri...adakah cinta sebegini yang kita idamkan??Jika ya,akan hilanglah nikmat cinta yang Allah telah kurniakan pada setiap hambaNya...Cinta menjadikan seseorang itu buta sehingga kadang-kadang sanggup untuk membelakangkan keluarga demi mempertahankan cinta kepada seorang.semuanya. kerana cinta...menggabaikan pelajaran dan menggabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah...segalanya kerana cinta....


Cinta yang agung hanya kepada Maha Pencipta...


Kerana cinta juga timbul sifat dendam dalam diri manusia..ada yang sanggup membunuh sesama manusia...semuanya kerana cinta...bukankah cinta yang dikurniakan adalah untuk hidup saling sayang menyayangi sesama insan???namun,bila timbulnya perasaan dendam dalam diri,segalanya musnah dan hilang begitu sahaja....


Antara cinta dan hukum satu yang amat sukar untuk dirungkaikan..ada yang memilih cinta dan membelakangkan hukum yang telah di tetapkan..tidak salah untuk bercinta tapi mestilah berlandaskan hukum dan suburkan sifat ketaqwaan kepada Allah...jika ini di semai dalam hubungan cinta manusia,cinta akan menjadi lebih indah dan bahagia..


Aku juga pernah merasai nikmat cinta..ahaksss!!!..memang indah saat itu,suka duka pahit manis dirasa...namun akhirnya aku menyedari yang bukan cinta darinya yang aku perlukan...cinta Allah mengatasi segalanya....kini aku melihat cinta sesama manusia suatu yang agak merumitkan....kadang-kadang cinta hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata sehingga menggadaikan maruah agama....


Alamak!!!tiba-tiba tak der idea pulak...hahaha...pape pun jangan di sebabkan cinta kita lalai dan leka dengannya..Ingatlah cinta Allah yang lebih  utama....




Kerana Cinta ( Inteam & Mestica )


Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan dimana terciptanya cinta
Disitu rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahgia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa
Merawat luka
Damai di jiwa

Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah kemana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati
Hanya cintakan Ilahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya

Cintakan saudara
Masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan






Friday, July 30, 2010

:: Beralah vs Berbalah ::

Assalamualaikum.......

Kadang-kadang sebagai manusia, kita tidak boleh lari dari salah faham sesama kita. Adakalanya kita terlalu beremosi dalam menyelesaikan salah fahaman itu sehingga ada yang membawa kepada perbalahan sesama sendiri. Tidak kira di alam mana kita berada,kita tidak boleh lari dari salah faham antara kita,samada di alam kampus,alam pekerjaan dan tidak terkecuali jugak di alam rumahtangga...


Ada diantara kita yang mengambil jalan untuk menyelesaikan salah fahaman itu dengan perbalahan sehingga mengakibatkan salah fahaman tersebut bertambah rumit,walhal ianya cuma salah faham yang kecil.Namun ada juga yang mengambil jalan yang aku anggap ianya jalan terbaik iaitu beralah ataupun berdiam diri. Bagiku ini jalan yang terbaik untuk kita sebagai manusia menyelesaikan tanggapan yang timbul. Jika kita memilih jalan untuk berbalah, mungkin keputusan tidak boleh di capai namun jika kita memilih untuk beralah,perkara tersebut akan semakin reda tanpa menyakiti hati  mana-mana pihak...


Di alam kampus contohnya, kita bertemu dengan rakan-rakan sekuliah yang pelbagai karenah yang ada. Kadang-kadang kita sendiri sukar untuk menerima karenah mereka seperti yang berfikiran kanak-kanak,adakalanya yang matang tetapi terlalu sensitif dan macam-macam lagi lah...Dalam situasi ini,kadang-kadang timbul salah faham sesama sendiri sehingga membawa kepada perbalahan. Bagiku ini bukanlah cara yang tebaik untuk menyelesaikannya...Beralah bagiku adalah salah satu cara untuk kita elakkan dari berbalah....berdiam diri misalnya akan meredakan sedikit ketegangan yang berlaku...bukan tidak mahu menegakkan kebenaran,tetapi jikapercakapan kita boleh membawa kepada perbalahan,lebih baik kita berdiam diri...Jika kita memilih untuk berbalah, mungkin ukhwah yang sekian lama terjalin akan menjadi semakin renggang dan akhirnya musnah...Bukankah Islam telah melarang kita untuk memutuskan tali silaturrahim sesama kita....

Namun ada juga yang terlalu ego dalam berhadapan dengan situasi ini.Mereka memilih untuk terus berada di tahap keegoan yang tinggi dan tidak mahu beralah dan akhirnya menyebabkan salah faham yang timbul  bertambah celaru. Hal ini akan bertambah rumit bila wujudnya insan yang digelar 'batu api' yang mendorong kepada perbalahan kedua2 pihak.Golongan ini biasanya mempunai sifat PHD yang tinggi dan wujud dalam diri mereka. Mereka tidak boleh melihat kesenangan dan kebahagiaan orang lain dan bila timbul konflik antara dua pihak,mereka menggunakan peluang ini untuk mengapi2kan lagi..mereka ini seolah-olah menyimbah minyak ke dalam api yang sedang marak.






Aku juga tidak lari dari berhadapan dengan masalah yang sedemikian..berhadapan dengan karenah yang pelbagai,kadang-kadang membuatkan aku merasa bosan dan ingin lari dari semua ini..tapi apa dayaku,aku perlu juga berhadapan dengan situasi ini. Tapi aku lebih suka berdiam diri dari berbalah...mungkin juga di sebabkan sikapku yang pendiam yang mejurus aku untuk melakukan sedemikian...tetapi karenah-karenah ini juga kadang-kadang membuatkan hidup aku sempurna dan ceria...apa yang aku lakukan adalah dengan menerima seikhlas hati segala yang berlaku..pahit manis di alam kampus mungkin akan membuatkan aku merinduinya bila tamat belajar kelak...









Thursday, July 29, 2010

:: Masalah Itu Tanda Kasih Sayang Allah ::



Assalamualaikum....

Alhamdulillah semua kerjaku dah settle untuk semester nie...skrang masa untuk aku buat persiapan untuk final yang bakal menjelma lebih kurang 2 minggu dari sekarang...rasa ingin aku pergi untuk menenangkan fikiran dan merehatkan otak buat seketika..tetapi apa dayaku,masa tak mengizinkan...mungkin lain kali....InsyaAllah..

Manusia selalu mengeluh bila di timpa dengan masalah...termasuk juga diriku...kadang-kadang sampaikan masalah yang datang tu,rasanya terlalu berat untuk di tanggung sendirian...tapi tanpa kita sedar,masalah itu merupakan tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya...Ada sesetengah insan dia memilih untuk memendamkan segala masalah yang dialami sehingga kadang2 memakan diri dan ada jugak yang memilih utk meluahkan pada orang lain contohnya mcm kawan,orang tersayang,family dan lain2 la....

Aku ada baca satu artikel yang aku rasa agak menarik untuk dikongsi....ceritanya mcm ni......jika dalam percintaan, adakah memadai dengan bertemu dan berkata aku cinta padamu dan di sambut oleh pasangan aku juga cinta padamu...??jika hubungan itu hanya bertemankan ungkapan cinta,mesti hubungan itu akan seronok hanya seketika...Keadaan ini adalah membosankan dan akhirnya membawa kerengganan dan perpisahan.Apabila berpisah, mereka akan memberi alasan tidak sefahaman tetapi mungkin mereka terlepas pandang bahawa apabila hubungan mereka tidak mengenal antara satu sama lain.Itulah punca yang merenggangkan mereka dan itulah punca tidak sefahaman mereka.

Seandainya mereka merajuk misalnya pasangan akan datang memujuk, dipujuknya dengan bunga,pasangannya tidak berubah kerana pasangannya tidak suka bunga, lalu dia cuba memujuk dengan makanan.Oh,rupanya pasangannya suka makanan.Apabila nampak makanan,maka hilang merajuknya..Maka sejak itu dia tahu jenis maka
nan kegemaran pasangannya dan apa pula yang tidak di sukai oleh pasangannya.

Begitulah kita dengan dengan masalah.Allah S.W.T memberi kita masalah sebagai lambang kasih sayang dan lambang cinta. Dengan adanya masalah kita akan lebih mengenal akan diriNya,kita lebih banyak memohon kepada-Nya..Kemudian kita akan celik melihat bagaimana sayangnya Allah kepada kita dan bagaimana Allah menyelesaikan satu-satu isu yang tidak terfikir oleh kita jalannya...

Oleh yang demikian,mulai hari ini,marilah kita melhat kasih sayang Allah dalam masalah yang kita hadapi.Cuba kira berapa kali kita berdoa dan bagaimana kita berdoa seandainya kita tidak ada masalah.Kemudian renungkan perasaan kita berdoa ketika kita bermasalah,bukankah banyak perbezaan??Bukankah masalah itu perlu untuk kita lebih merasakan keberadaan Allah yang selama ini hanya diucap tetapi tidak dirasakan??Bukankah benar bahawa adanya masalah kita lebih banyak menyebut nama Allah??Renung-renungkanlah.....

Wassalam....

29 Julai 2010 ( 10.12 mlm )