بسم الله الرحمن الرحيم
Hari nie tergerak pulak nak cerita pasal cinta... ahakss!!!!! hehehe......Cinta tu sesuatu yang indah... Allah telah mengurniakan kita perasaan cinta,rindu,sayang.ianya menjadi fitrah bagi setiap insan di muka bumi Allah ini....Tapi cinta yang yang Allah kurniakan seringkali disalahertikan.....
Bila di alam percintaan,segalanya indah sehingga sanggup bekorban jiwa dan raga dan adakalanya sampai sanggup mengorbankan maruah diri...adakah cinta sebegini yang kita idamkan??Jika ya,akan hilanglah nikmat cinta yang Allah telah kurniakan pada setiap hambaNya...Cinta menjadikan seseorang itu buta sehingga kadang-kadang sanggup untuk membelakangkan keluarga demi mempertahankan cinta kepada seorang.semuanya. kerana cinta...menggabaikan pelajaran dan menggabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah...segalanya kerana cinta....
Cinta yang agung hanya kepada Maha Pencipta...
Kerana cinta juga timbul sifat dendam dalam diri manusia..ada yang sanggup membunuh sesama manusia...semuanya kerana cinta...bukankah cinta yang dikurniakan adalah untuk hidup saling sayang menyayangi sesama insan???namun,bila timbulnya perasaan dendam dalam diri,segalanya musnah dan hilang begitu sahaja....
Antara cinta dan hukum satu yang amat sukar untuk dirungkaikan..ada yang memilih cinta dan membelakangkan hukum yang telah di tetapkan..tidak salah untuk bercinta tapi mestilah berlandaskan hukum dan suburkan sifat ketaqwaan kepada Allah...jika ini di semai dalam hubungan cinta manusia,cinta akan menjadi lebih indah dan bahagia..
Aku juga pernah merasai nikmat cinta..ahaksss!!!..memang indah saat itu,suka duka pahit manis dirasa...namun akhirnya aku menyedari yang bukan cinta darinya yang aku perlukan...cinta Allah mengatasi segalanya....kini aku melihat cinta sesama manusia suatu yang agak merumitkan....kadang-kadang cinta hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata sehingga menggadaikan maruah agama....
Alamak!!!tiba-tiba tak der idea pulak...hahaha...pape pun jangan di sebabkan cinta kita lalai dan leka dengannya..Ingatlah cinta Allah yang lebih utama....
Kerana Cinta ( Inteam & Mestica )
Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan dimana terciptanya cinta
Disitu rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahgia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala
Semua kerana cinta
Yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa
Merawat luka
Damai di jiwa
Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan
Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah kemana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama
Cinta yang sejati
Hanya cintakan Ilahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya
Cintakan saudara
Masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan
No comments:
Post a Comment